UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PRN Melaka: Calon Ketua Menteri PN diumum esok - Hamzah

Teka-teki siapa calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diketahui esok.

Fareez Azman
Wed Nov 17 2021
PRN Melaka: Calon Ketua Menteri PN diumum esok - Hamzah
Jelas Hamzah, perbincangan telah dibuat untuk menampilkan calon yang benar-benar layak serta diterima rakyat di Negeri Melaka. - Foto BERNAMA
MELAKA: Teka-teki siapa calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diketahui esok.

Perkara itu dimaklumkan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Rabu.

Jelasnya, perbincangan telah dibuat untuk menampilkan calon yang benar-benar layak serta diterima rakyat di Negeri Melaka.

"Kita akan membincangkan isu ini bersama parti-parti komponen yang lain, saya sendiri telah bertemu dengan Presiden Bersatu, saya sebagai Setiausaha Agung PN, juga telah memberikan pandangan saya.

"Bahawa untuk kita memilih seorang calon biarlah calon diterima masyarakat keseluruhan dan boleh membantu dokongan mereka di atas pagar," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas makan tengah hari bersama calon PN N.06 DUN Rembia, Zamzuri Arifin. 

BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab babit 10,390 pengundi - SPR

Tambah Hamzah lagi, beliau juga tidak menolak sekiranya calon terbabit merupakan wanita.

"Jadi kalau ianya datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa cerita Tun Teja yang juga berperanan membangunkan Negeri Melaka.

"Apa salahnya kalau kali ini kita letakkan seorang wanita, kalau bukan wanita kita pasti akan umumkan daripada kalangan calon kita.

"Itu menunjukkan kita ada calon lain, begitu juga Datuk Rafiq, kita ada beberapa doktor profesional, ada jurutera, jadi ini akan kita bincangkan dan akan umumkan esok hari (Khamis)," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut berkaitan pecutan terakhir sebelum Hari Pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, Hamzah yakin rakyat di negeri itu bakal memberikan peluang kepada PN untuk mentadbir
Melaka.

"Kalau Melaka satu ketika dahulu negeri masyhur 1,300 tahun dahulu, saya yakin dengan gelombang yang ada hari ini untuk mengembalikan (kegemilangan Melaka) itu.

"Kita terpaksa mencari pemimpin penuh integriti, saya yakin ianya datang daripada PN," jelasnya lagi.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
 
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov).



#PRN Melaka#Hamzah Zainudin#Ketua Menteri#Ketua Menteri Melaka
Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula

Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula

Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi

Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi

Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman

17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman

Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
Konflik Iran-Israel: Korea Selatan arah tindak balas awal bendung risiko

Konflik Iran-Israel: Korea Selatan arah tindak balas awal bendung risiko

Ketegangan di Asia Barat mempunyai kesan langsung ke atas harga minyak antarabangsa dan seterusnya memberi kesan besar kepada ekonomi dan rantaian bekalan Korea Selatan.
Keselamatan peserta Misi Freedom Flotilla ke Gaza jadi keutamaan

Keselamatan peserta Misi Freedom Flotilla ke Gaza jadi keutamaan

Pengerusi MyCARE menegaskan bahawa keselamatan para peserta yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla ke Gaza akan menjadi keutamaan penganjur di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini

Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini

Aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul, Turki pada 18 April ini (Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break The Seige of Gaza Freedom Flotilla. Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Sarawak teruskan hubungan baik dengan Singapura

Sarawak teruskan hubungan baik dengan Singapura

Premier Tan sri Abang Johari tun Openg optimis kerjasama antara Sarawak dengan Singapura akan terus berjalan lancar di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu Singapura Lawrence Wong bermula 15 Mei depan.
Pendengaran permohonan Muhyiddin pada 9 Julai

Pendengaran permohonan Muhyiddin pada 9 Julai

Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Julai untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kebenaran menyemak semula keputusan panel yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta.
AWANI Ringkas: Keselamatan KLIA

AWANI Ringkas: Keselamatan KLIA

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal

Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang

Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin

Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan

Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam

Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN

Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM

Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis

Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari

Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.