MALAYSIA
Lelaki cedera diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap

Gambar kiri: Keadaan mangsa yang masih menerima rawatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Gambar kanan: Lokasi mangsa diserang kucing tulap. - Foto Perhilitan/ Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan kaki selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap dalam kejadian di Kampung Pauh Terachi dekat Tanjung Ipoh, di sini semalam.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 56 tahun cedera di kepala, tangan dan kaki selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap ketika berada di kandang kambing miliknya di Kampung Pauh Terachi, Tanjung Ipoh.
- Mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan kejadian dilaporkan kepada Perhilitan Negeri Sembilan sekitar pukul 9 malam.
- Lokasi kejadian berhampiran Hutan Simpan Berembun dan pihak berkuasa akan memasang kamera perangkap untuk mengesan kehadiran haiwan tersebut.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, lokasi kejadian terletak berhampiran kawasan Hutan Simpan Berembun dan pihaknya akan memasang kamera perangkap bagi mengesan kehadiran haiwan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami