awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Calon positif COVID-19 dibenar bertanding - SPR

Bernama
Bernama
07/11/2021
08:42 MYT
PRN Melaka: Calon positif COVID-19 dibenar bertanding - SPR
Abdul Ghani berkata, ujian saringan COVID-19 melibatkan calon juga tidak diwajibkan namun semua mereka digalakkan melakukannya. - Foto BERNAMA
MELAKA: Tiada halangan bagi calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
Bagaimanapun, beliau berkata borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.
"Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan," katanya kepada Bernama di Menara Persekutuan di sini hari ini.
Beliau berkata ujian saringan COVID-19 melibatkan calon juga tidak diwajibkan namun semua calon digalakkan melakukannya.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, SPR turut menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala Isnin ini.
"Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Di pintu utama pusat penamaan calon, calon akan diperiksa saringan suhu badan, sekiranya suhu direkodkan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka akan dihantar ke khemah bergejala ini," kata Abdul Ghani.
Beliau berkata segala proses semakan dan penyerahan borang penamaan calon akan diuruskan oleh pegawai SPR yang bertugas di khemah untuk mereka yang bergejala itu.
Katanya sebanyak 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini.
"Kita berharap semua penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak berkumpul serta berarak di kawasan pusat penamaan dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#calon positif covid-19
#SPR
#tiada halangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan