Skip to main content

Dunia

Tentera Israel kekal di selatan Lubnan, bedil lebih 80 sasaran Hezbollah - Katz

61750236921_IsraelKatz.jpg
Katz (foto) memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran gencatan senjata oleh pejuang Hezbollah akan dibalas dengan tindakan ketenteraan lebih agresif. -Gambar fail
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz menegaskan pasukan tentera rejim itu akan terus kekal di kawasan zon keselamatan di selatan Lubnan.

Zon tersebut meliputi kawasan sepanjang garisan pantai hingga ke tanah tinggi Beaufort.

Kenyataan itu dibuat menerusi hantaran di platform X, sebagai reaksi terhadap kematian empat anggota tentera Israel dalam pertempuran baru-baru ini.

 

 

Katz memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran gencatan senjata oleh pejuang Hezbollah akan dibalas dengan tindakan ketenteraan lebih agresif.

Ketetapan tersebut menyusul selepas tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas lebih 80 sasaran Hezbollah dalam operasi semalaman yang mengorbankan puluhan pejuang kumpulan itu.

Operasi itu menyasarkan kemudahan strategik termasuk pusat arahan, pelancar roket serta rangkaian infrastruktur bawah tanah di daerah Nabatieh dan Beaufort.

Dua lagi pusat arahan di Lembah Bekaa turut dilaporkan menjadi sasaran.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 33 lagi cedera dalam serangan tersebut di beberapa lokasi termasuk al-Sharqiyah dan Harouf.

Pemerhati antarabangsa menyifatkan serangan melibatkan artileri, dron dan jet pejuang itu sebagai peningkatan serius dalam konflik di rantau tersebut.

Situasi keselamatan yang semakin meruncing turut mencetuskan pemindahan penduduk dari kawasan selatan ke wilayah lebih selamat di utara.

Gelombang serangan ini antara yang paling intensif sejak pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Asia Barat.

 

Must Watch Video

Advertisement