awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 'Kayu ukur' penyatuan parti politik pra PRU15

Bernama
Bernama
13/11/2021
10:25 MYT
PRN Melaka: 'Kayu ukur' penyatuan parti politik pra PRU15
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu akan memandang serius mengenai keputusan yang diberikan oleh pengundi di Melaka apabila ia diumumkan pada 20 Nov ini. - Gambar fail
PASIR PUTEH: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sebagai 'kayu ukur' terhadap penyatuan parti-parti politik di negara ini sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu akan memandang serius mengenai keputusan yang diberikan oleh pengundi di Melaka apabila ia diumumkan pada 20 Nov ini.
"Saya percaya rakyat akan menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh merugikan mereka nanti.
Semua parti yang bertanding perlu berkempen secara professional dan tidak menghentam pihak lawan sebaliknya memberi mesej berkaitan dengan penyatuan rakyat," katanya selepas diminta mengulas mengenai perkembangan terkini situasi kempen PRN Melaka.
Terdahulu, beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II menyampaikan bantuan sekali beri dan bakul makanan kepada 70 pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov depan dan undi awal (16 Nov), ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#kayu ukur
#penyatuan parti politik
#PRU15
#pilihan raya
#PAS
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan