awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Keputusan Pas cerminkan muafakat utuh PN - Azmin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
03/11/2021
03:11 MYT
PRN Melaka: Keputusan Pas cerminkan muafakat utuh PN - Azmin
Azmin yakin, keputusan Pas mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota PN. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yakin, keputusan Pas mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota PN.
"Ketetapan yang ditegaskan melalui kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Pada Isnin lalu, Pas akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN pada PRN Melaka.
BACA: PRN Melaka: Pas negeri akur guna logo PN, jamin sokong penyandang kerusi PRU14 jika lebih dua penjuru - Kamaruddin
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Sementara itu, Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata, PN bertekad untuk menggembeleng kesatuan bagi menjamin kestabilan Kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.
"Ini bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara.
"PN yakin dan percaya bahawa rakyat Negeri Melaka cukup matang dan bijaksana untuk mendukung wadah PN yang sentiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Azmin Ali
#PAS
#PRN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan