awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pas negeri akur guna logo PN, jamin sokong penyandang kerusi PRU14 jika lebih dua penjuru - Kamaruddin

Fareez Azman
Fareez Azman
02/11/2021
04:37 MYT
PRN Melaka: Pas negeri akur guna logo PN, jamin sokong penyandang kerusi PRU14 jika lebih dua penjuru - Kamaruddin
Datuk Kamaruddin Sidek berkata, Pas Melaka memahami bahawa Perikatan Nasional merupakan gabungan parti-parti politik yang berdaftar sementara Muafakat Nasional hanyalah gagasan kerjasama antara Pas dan UMNO. - Gambar fail
MELAKA: Pas Melaka akur dengan keputusan yang dibuat pimpinan pusat parti berkenaan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Piihan Raya Negeri (PRN) itu.
Menurut Pesuruhjayanya, Datuk Kamaruddin Sidek, Pas negeri memahami bahawa PN merupakan gabungan parti-parti politik yang berdaftar sementara Muafakat Nasional (MN) hanyalah gagasan kerjasama antara Pas dan UMNO.
Sehubungan itu, Pas Melaka, jelas Kamaruddin, akan cuba mengelak daripada berlaku pertembungan kerusi di 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan di PRN pada 20 November ini.
" PN dan Barisan Nasional (BN) sepakat satu lawan satu, tiada pertembungan kerusi," kata beliau kepada Astro AWANI pada Selasa.
Bagaimanapun, sekiranya wujud pertembungan lebih daripada dua penjuru, Pas, tegas beliau, akan mengambil pendekatan menyokong penyandang kerusi yang memenangi di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
"Kalau berlaku juga (pertembungan lebih dua penjuru), Pas akan ambil sikap menyokong pemegang kerusi PRU14," jelasnya lagi.
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.
Ketetapan itu, kata Abdul Hadi, mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.
[ TERKINI] Pas guna lambang PN dalam PRN Melaka
BACA: PRN Melaka: Pas guna lambang PN - Hadi Awang
Topic Berkaitan
#Pas Melaka
#logo Perikatan Nasional
#Muafakat Nasional
#PRN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan