awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pas umum calon petang ini, enggan tamak, bakal tanding 1/3 kerusi DUN

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/11/2021
04:56 MYT
PRN Melaka: Pas umum calon petang ini, enggan tamak, bakal tanding 1/3 kerusi DUN
Pas akan bertanding sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pas yang akan bertanding sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini akan mengumumkan calon parti berkenaan petang ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun, masih berteka-teki dan enggan mengulas lanjut kawasan mana yang akan ditandingi parti itu.
“(Senarai calon) akan diumumkan petang ini… sekurang-kurangnya satu pertiga (kerusi ditandingi), kita tidak tamak sebab kita ada tiga parti.
“Kita akan lihat di mana kita ada cawangan banyak ahli… sebab kita ada tolak ansur, ada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi hak dia,” ujar beliau dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di sini hari ini.
BACA: Pas tidak mahu sekadar jadi 'penumpang' - Abdul Hadi
Terdahulu BN mengumumkan akan meletakkan calon di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, 86 peratus muka baharu akan ditampilkan komponen itu dengan hanya empat penyandang kekal.
PRN Melaka | Barisan Nasional bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka
BACA: BN bertanding semua 28 kerusi pada PRN Melaka, 86 peratus muka baharu
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#PAS
#kerusi DUN
#Dewan Undangan Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan