awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pimpinan PKR perlu ketengah calon berwibawa - Generasi Keadilan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
20/10/2021
04:03 MYT
PRN Melaka: Pimpinan PKR perlu ketengah calon berwibawa - Generasi Keadilan
Yusmadi menjelaskan PKR mempunyai satu generasi anak muda yang sudah dewasa di dalam perjuangan reformasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengenengahkan bakat-bakat berwibawa dan beretika dari kalangan ahli-ahli parti bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhir bulan depan.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia (Generasi Keadilan) Yusmadi Yusoff berkata, PKR mempunyai satu generasi anak muda yang sudah dewasa di dalam perjuangan reformasi.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, ramai dalam kalangan penyokong-penyokong setia parti yang boleh diberi peluang sebagai pemimpin rakyat.
"Bakat-bakat dalaman perlu dibimbing oleh pimpinan berpengalaman di dalam pilihan raya yang akan datang.
"Pimpinan parti tidak perlu tergesa-gesa melihat bakat-bakat luar yang belum teruji kesetiaan dan kefahaman mereka terhadap perjuangan dan dasar parti," katanya dalam muat naik di laman Facebook.
Yusmadi juga menggesa PKR menolak mana-mana calon yang tidak mengamalkan etika politik yang baik atau tidak menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.
"Ia termasuk menolak mana-mana Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) daripada PKR yang tidak efektif berkhidmat sebelum ini," ujarnya.
Generasi Keadilan, jelasnya, komited dan bersedia untuk membantu PKR mencapai kemenangan di dalam pilihan raya itu nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya pada 18 Okt lalu menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka ialah pada 8 Nov dan tarikh mengundi, 20 Nov.
Sumber Facebook yusmadiformalaysia
Topic Berkaitan
#PKR
#PRN Melaka
#politik
#Generasi KEADILAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan