awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Rundingan pembahagian kerusi PH selesai 90 peratus - Adly

Bernama
Bernama
27/10/2021
13:32 MYT
PRN Melaka: Rundingan pembahagian kerusi PH selesai 90 peratus - Adly
Adly berkata pembahagian kerusi itu akan dimuktamadkan dalam minggu ini. - Gambar fail
MELAKA: Rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah selesai 90 peratus.
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini berkata pembahagian kerusi itu akan dimuktamadkan dalam minggu ini.
Ketika ditanya mengenai calon ketua menteri yang akan diketengahkan PH, Adly hanya berkata: "dapatkan majoriti dahulu".
Mengenai rundingan PH bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) seperti yang dimaklumkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini, bekas ketua menteri itu berkata PH terbuka untuk perbincangan.
"PH sedia buka pintu perbincangan supaya pembangkang boleh sepakat dan mempunyai satu calon sahaja," katanya.
Sidang Media Presiden MUDA | 27 Oktober 2021
Syed Saddiq hari ini dilapor berkata Muda berhasrat bertanding dan kini berunding dengan PH bagi meletakkan calon Muda pada PRN berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Pakatan Harapan
#Adly Zahari
#pembahagian kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan