ALOR GAJAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai 'naga, buaya, singa atau harimau' di Melaka, sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang 'humble' kepada parti.
Beliau yang diajukan soalan panas berhubung persepsi yang dimainkan pihak tertentu terhadap dirinya, yang didakwa menjadi 'Abang Besar' melebihi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, dirinya dilabelkan sedemikian rupa berikutan tanggungjawab dan amanah yang digalasnya di Melaka selain menganggap ia permainan politik pihak tertentu
"Saya dilihat begitu kerana saya memandu dan memayungi pimpinan saya bagi memenangi PRN Melaka, jadi saya menyanggah semua persepsi ini dengan hati terbuka. Bagaimanapun sebagai pemimpin pastinya kritikan selalu ada, dan saya melihat 'anggapan' sebegini semuanya adalah permainan politik pihak tertentu," kata Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka itu kepada Bernama TV dalam satu temu bual eksklusif di sini hari ini.
Beliau yang bertanding sebagai calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyifatkan pihak yang memainkan isu berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab bukan sahaja pada diri sendiri, malah kepada negeri dan masyarakat Melaka.
Ab Rauf juga tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya dibuat berikutan terdapat pihak yang mengidam jawatan Ketua Menteri, dan cuba mencipta persepsi negatif ini dalam kalangan rakyat terhadapnya.
"Isu ini dimainkan oleh mereka yang kecewa, tidak dapat meletakkan diri dia sebagai Ketua Menteri sekali lagi kerana perancangan awalnya dia boleh mengambil alih kerajaan negeri, tetapi dia dipermainkan dan dipergunakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri, akhirnya tidak diizinkan menjadi Ketua Menteri. Jadi dia mengalihkan isu ini," katanya.
Sebagai individu yang mengepalai UMNO di Melaka, Ab Rauf berkata dirinya dilihat rapat dengan Sulaiman, namun menurutnya beliau masih menghormati sempadan dan tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Ab Rauf yang disifatkan sebagai calon 'heavyweight' bagi merebut kerusi panas di DUN Tanjung Bidara, akan berhadapan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH). Penyandang kerusi itu ialah Datuk Md Rawi Mahmud dari BN.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Ab Rauf juga tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya dibuat berikutan terdapat pihak yang mengidam jawatan Ketua Menteri cuba mencipta persepsi negatif terhadapnya. - Gambar fail
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.