awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 'Saya ingat tak perlu jawab lagi sekarang" - Timbalan Menteri Kesihatan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/10/2021
08:54 MYT
PRN Melaka: 'Saya ingat tak perlu jawab lagi sekarang" - Timbalan Menteri Kesihatan
Dr Noor Azmi berkata, ketika ini fokus kementerian adalah mengenai fasiliti kesihatan dan bukannya mengenai pilihan raya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) enggan mengulas mengenai kewajaran mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang berkemungkinan memberi risiko kepada peningkatan semula kes COVID-19.
Membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ketika ini fokus kementerian adalah mengenai fasiliti kesihatan, dan bukannya mengenai pilihan raya.
"Tapi Sepang kata tadi boleh jawab secara bertulis, secara jawab (lisan) pun boleh... saya ingat tak perlu jawab lagi sekarang," katanya ketika memberi reaksi kepada celahan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) di Dewan Rakyat, pada Rabu.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Sebelum itu, Mohamed Hanipa meminta penjelasan mengenai pendirian kerajaan, khususnya KKM sama ada bersetuju atau tidak untuk mengadakan PRN Melaka, yang mungkin mengakibatkan satu pendemik baharu.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memaklumkan DUN Melaka dibubarkan berkuatkuasa pada Isnin.
Keputusan itu dibuat selepas ia dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutus surat susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka.
Sementara itu, media melaporkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung risiko penularan COVID-19 akan meningkat sekiranya PRN Melaka diadakan.
Perdana Menteri menjelaskan jika PRN perlu diadakan susulan kemelut politik di Melaka ketika ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan ia berjalan dalam keadaan terkawal.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PRN Melaka
#politik melaka
#Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan