awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Tidak diletak sebagai calon PH, Norhizam enggan ulas

Fareez Azman
Fareez Azman
21/10/2021
12:46 MYT
PRN Melaka: Tidak diletak sebagai calon PH, Norhizam enggan ulas
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini. - Gambar fail
MELAKA: Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu hanya memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu “nanti”.
“Nanti saya komen, semua wartawan hubungi saya sekarang ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, Majlis Presiden PH memaklumkan Norhizam tidak akan menjadi calon PH pada PRN nanti selepas menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara tersebut.
BACA: PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Norhizam sebelum ini bersama tiga lagi bekas ADUN menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#calon PH
#ADUN Pengkalan Batu
#Norhizam Hassan Baktee
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan