Skip to main content

Politik

PRN Melaka: UMNO mulakan rundingan rasmi kerjasama selepas DUN bubar - Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional 2.0 - Realiti dan Persepsi : Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di sebuah hotel hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

“Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

“Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka, yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement