awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Naik taraf sosioekonomi masyarakat kampung DUN Bukit Melawati agenda utama - S Thiban

Fareez Azman
Fareez Azman
07/08/2023
10:57 MYT
PRN: Naik taraf sosioekonomi masyarakat kampung DUN Bukit Melawati agenda utama - S Thiban
Thiban (tiga, kiri) mahu meningkatkan pendapatan penduduk menerusi sektor pelancongan dan pertanian yang mempunyai potensi besar di kawasan berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, S Thiban mahu menaik taraf sosioekonomi penduduk kampung di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos depan.
Ujarnya, dia mahu meningkatkan pendapatan penduduk menerusi sektor pelancongan dan pertanian yang mempunyai potensi besar di kawasan berkenaan.
"Saya nak memperbanyakkan lagi aktiviti turun padang di kampung-kampung, mengambil maklum balas mereka supaya kita boleh memahami tradisi dan juga masalah di setiap kampung.
"Agenda pengukuhan ekonomi menjadi agenda pertama saya. Saya lebih fokus menaik taraf sosioekonomi masyarakat di sini. Pendapatan kebanyakan mereka (ketika ini) melalui hasil jualan pertanian, laut, sungai dan sebagainya," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Jelasnya, Bukit Melawati berpotensi dibangunkan sebagai hab pelancongan di Selangor, dibantu dengan pembinaaan Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.
"Saya ada agenda... satu Bandar Melawati sebagai bandar pelancong kerana kita ada banyak potensi pelancongan, contoh di bandar ada bukit, sungai dan juga laut.
"Kita ada kampung tradisi boleh dinaikkan dengan ekopelancongan, contohnya homestay kampung, jadi ekonomi boleh bertambah dan pelancongan juga bertambah.
"Kedua, kita ada WCE. Saya ada hasrat nak kemukakan cadangan satu exit point di Bandar Bukit Melawati supaya pengunjung boleh turun dan melancong ke kawasan ini," katanya lagi.
Selain itu, katanya aktiviti pelancongan juga boleh ditambah bagi menarik minat lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.
"Aktiviti pelancongan kita ada eagle feeding, sky mirror, kelip-kelip kampung Kuantan... kita cuba usahakan river cruise di sungai ini," ujarnya lagi.
DUN Bukit Melawati yang mempunyai 37,956 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara PH dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Noorazley Yahya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#PRN
#DUN Bukit Melawati
#S Thiban
#manifesto PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan