Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Perkasa Perpaduan Ummah, gelombang kemenangan seluruh negara - Abdul Hadi

61693108750_TanSriAbdulHadiA.jpg
Abdul Hadi berkata, perpaduan ini perlu diteruskan dengan segala gerak kerja harus diperkasa, selain mengingatkan kepada seluruh jentera bahawa perjuangan belum selesai.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan, kemenangan tidak rasmi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini membuktikan kejayaan konsep Perpaduan Ummah.

Jelasnya, tekad kerjasama ini akan diteruskan agar ia menjadi gelombang kemenangan di seluruh negara.

“Insya-Allah kejayaan kita di Negeri Sembilan akan jadi gelombang kemenangan di seluruh negara. Kita akan teruskan perpaduan ini. Mari kita tingkatkan kerja kita seterusnya. Perjuangan kita belum selesai,” katanya dalam sidang media di Seremban pada Sabtu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kedua-dua gabungan itu serta jentera pilihan raya yang bertungkus-lumus sepanjang kempen sehingga membolehkan BN dan PN mencapai keputusan yang disifatkannya sebagai satu pencapaian besar.

Abdul Hadi berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, gabungan berkenaan telah memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri dan berkeyakinan mampu mencapai majoriti dua pertiga.

Must Watch Video

Advertisement