awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pas Kelantan akui tergugat

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
06:46 MYT
PRN: Pas Kelantan akui tergugat
Mohd Amar berkata, antara kerusi yang terlibat ialah Apam Putra, Wakaf Bharu, Dabong, Semerak, Melor dan Kemahang. - Gambar fail
KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mengakui kedudukan parti itu tergugat pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Menurut beliau, ia berikutan terdapat undi majoriti di bawah 1,000 di beberapa kerusi dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Tambahnya, antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat ialah Apam Putra 348 undi, Wakaf Bharu (387), Dabong (589), Semerak (632), Melor (647) dan Kemahang (923).
"Persaingan ini sengit dan peluang untuk menang adalah 50-50.
"Berdasarkan pengalaman saya, jika majoriti 3,000 ia adalah stabil tetapi kalau bawah padanya, kena kerja keras lagi untuk lawan," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, Pas melihat peluang yang besar untuk menang di tiga DUN di Gua Musang yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).
Ujar beliau, ia tidak mustahil kerana pihaknya mengambil kira semua melibatkan pengundi Orang Asli dan Cina.
Tambah beliau, daripada jumlah itu pihaknya menjangkakan Pas akan menang.
"Orang Asli dari pengalaman lepas memang tidak sokong Pas, kalau ada pun dalam 100 hingga 200 undi sahaja.
"Tapi kita lihat ada potensi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#prestasi Pas
#Mohd Amar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan