awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
18/06/2023
11:43 MYT
PRN: PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik Nazmi
Nik Nazmi (foto) berkata ia berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya selain sejarah kemenangan di kerusi DUN Bandar. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU: PKR Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu dan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya selain sejarah kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
"Jadi kita minta supaya PKR diambil serius oleh sahabat-sahabat dalam Barisan Nasional (BN)... Kita pun ada sejarah di Terengganu, dari awal ditubuhkan kita ada kerusi... bagi kita penting untuk kita ada kehadiran di sini.
"Bagi saya, PKR ada beberapa kelebihan secara amnya, saya tidak boleh sebutkan secara terperinci tapi contohnya di DUN Bandar, pernah menang (2013-2018).
"Biasanya kerusi PKR ni kerusi agak urban... itu kita rasa kekuatan PKR," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra di Pejabat PKR Cabang Kuala Terengganu di sini hari ini.
Nik Nazmi juga berkata persoalan siapa yang (mendapat) banyak atau sedikit (kerusi) tidak sepatutnya timbul sebaliknya apa yang penting ialah parti yang berpeluang untuk menang besar.
Beliau berkata proses pengagihan kerusi DUN antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin selesai dalam seminggu dua lagi.
Naib Presiden PKR itu berkata pihaknya berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana proses pembubaran DUN di negeri terbabit sudah semakin hampir.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala bakinya iaitu 22 kerusi dikuasai PAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR Terengganu
#PRN
#Nik Nazmi
#DUN Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan