KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk melantik pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi di Pulau Pinang pula, ia masih di peringkat perbincangan.
"Selangor, Negeri Sembilan akan dipimpin oleh Bersatu. Maknanya, kalau kita berupaya membentuk kerajaan (negeri), maknanya, maka di situlah Bersatu akan mentadbir negeri sebagai Menteri Besar.
"Pulau Pinang, kita akan perhalusi dan teliti macam mana keadaannya. Ada pihak kata sukar untuk kita menang tetapi kita boleh, kalau nak kurangkan majoriti itu," katanya semasa sidang media selepas penggulungan Perhimpunan Agung Tahun Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, PN mungkin akan menggunakan prinsip sama dalam soal pengagihan kerusi PRN antara gabungan parti.
“Sebagai contoh, kerusi yang disandang pihak Pas mungkin boleh dikekalkan, kalau DUN, begitu juga di pihak kita. Kecuali, jika ada persefahaman membuat pertukaran, maka peringkat jawatankuasa perundingan kerusi akan bincang.
“Bagi kerusi-kerusi PRN yang tidak dimiliki sesiapa kecuali parti pembangkang sebelah sana, seperti UMNO, PKR dan lain-lain, maka itulah kerusi yang akan kita rundingkan. Siapa nak dapat kerusi itu akan diputuskan dalam perbincangan nanti,” katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 12 2023
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi di Pulau Pinang pula, ia masih di peringkat perbincangan. - Astro AWANI
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.