awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Ramasamy keluar parti tak jejas pengundian esok' - Sivakumar

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2023
07:15 MYT
PRN: 'Ramasamy keluar parti tak jejas pengundian esok' - Sivakumar
V Sivakumar berkata, dalam sebuah negara demokrasi setiap orang mempunyai hak untuk menentukan pilihan mereka. - Gambar fail
SEREMBAN: Tindakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu tidak menjejaskan pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar berkata, dalam sebuah negara demokrasi setiap orang mempunyai hak untuk menentukan pilihan mereka.
Menurutnya, kalau dilihat kepada peruntukan dalam Perlembagaan juga memberi hak kepada setiap individu dalam negara ini iaitu hak berpersatuan.
"Ini bermaksud kita mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti politik ataupun tidak menyertai mana-mana parti politik, pertubuhan atau sebaliknya.
"Jadi keputusan yang dibuat oleh beliau adalah keputusannya sendiri dan saya tak nampak bahawa ini akan memberi apa-apa kesan atau impak politik pada pengundian esok," katanya.
Sivakumar yang juga Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) belia Seremban di Kolej Tafe pada Jumaat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ramasamy telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi.
Beliau juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Alasannya meletakkan jawatan itu kerana parti itu tidak menghargai perbezaan pendapat selain tiada sikap keterbukaan daripada dalaman parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#DAP
#P Ramasamy
#hari pengundian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan