awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Amanah berhasrat dapatkan satu lagi kerusi - Mat Sabu

Bernama
Bernama
08/11/2025
07:00 MYT
PRN Sabah: Amanah berhasrat dapatkan satu lagi kerusi - Mat Sabu
Mohamad berkata perkara itu telah dibawa kepada Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat untuk mendapatkan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkara itu telah dibawa kepada Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk dirundingkan bersama dengan rakan gabungan yang lain.
"Setakat ini kami menyebut (akan bertanding) Sulabayan memang satu kerusi yang sukar, tetapi apabila kita diberi amanah, kita akan cuba di mana saja tempat yang diberikan kepada kita untuk bertanding," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini.
Mengulas jika Amanah mempunyai kerusi tertentu yang diinginkan, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan berkata pihaknya terbuka untuk bertanding di mana-mana kawasan yang dilihat sesuai untuk parti berkenaan.
"Saya berkeyakinan gabungan PH, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan kembali menguasai Sabah, insya-Allah," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan parti itu akan bertanding untuk kerusi DUN Sulabayan menjelang PRN Sabah ke-17.
Pada konvensyen itu, Mohamad turut mengumumkan seorang pendidik, aktivis sosial dan tokoh masyarakat dari Semporna, Mohd Julpikar Ab Mijan sebagai calon bagi bertanding kerusi terbabit.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Amanah
#Mat Sabu
#kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan