awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: BN akan kerjasama dengan ‘third force’ - Zahid

Khalis Khadir
Khalis Khadir
20/09/2025
09:30 MYT
PRN Sabah: BN akan kerjasama dengan ‘third force’ - Zahid
Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi memastikan kerusi yang dipertaruhkan memihak kepada calon BN. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan bekerjasama dengan ‘third force’ di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan bekerjasama dengan third force di Sabah bagi memastikan kerusi yang dipertandingkan memihak kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri akan datang, walaupun pihak terlibat tidak diperincikan.
  • BN telah memuktamadkan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mengelakkan pertindihan calon, namun agihan kerusi antara kedua-dua gabungan masih belum diselesaikan sepenuhnya dan akan dimuktamadkan selepas pembubaran DUN.
  • Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui PRN17 dijangka rumit kerana banyak gabungan dan parti bertanding, serta cabaran mencapai kata sepakat dalam agihan kerusi antara BN, PH dan rakan kerjasama lain.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak menjelaskan lanjut mengenai pihak terbabit, berkata langkah itu bagi memastikan kerusi yang dipertaruhkan memihak kepada calon BN.
“Kita akan kerjasama dengan third force di Sabah ini untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi itu akan memihak kepada calon-calon Barisan Nasional,” katanya.
Beliau dalam masa sama sekali lagi menegaskan, BN telah memuktamadkan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN nanti.
“Kita telah memuktamadkan perbincangan dengan PH, sekurang-kurangnya supaya tidak berlaku pertindihan.
“Namun, kita akan memuktamadkan sepenuhnya apabila pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu telah rasmi dibuat,” jelasnya.
Pada Jumaat, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui PRN17 sebagai pertarungan yang rumit berikutan pertembungan banyak gabungan dan parti.
Bung Moktar berkata, ini termasuk kesukaran mencapai kata sepakat khususnya membabitkan agihan kerusi.
Jelasnya, rundingan kerjasama BN dengan PH juga belum dapat menyelesaikan sepenuhnya agihan kerusi yang diminta kedua-dua gabungan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#PRN Sabah
#Bung Moktar Radin
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan