Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan Ketua Menteri Sabah akan dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan rakan kongsi politik apabila menang dalam Pilihan Raya Negeri itu.

Menurut beliau, calon Ketua Menteri hanya akan diputuskan apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

"BN memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor akan dilantik sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam PRN kali ini.

Beliau berkata demikian di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran di sini pagi ini.

BACA: PRN Sabah: Muhyiddin beri bayangan Hajiji KM Sabah, jika menang


Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam satu hantaran di akaun Facebooknya menyifatkan kenyataan Muhyiddin mengenai pemilihan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah tidak dibincangan dengan BN.

Sumber Facebook shahril.hamdan

Gabungan Rakyat Sabah diumumkan Perdana Menteri hari ini terdiri daripada BN, komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).