awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: GRS dijangka umum calon 11 atau 12 Nov

Bernama
Bernama
03/11/2025
08:20 MYT
PRN Sabah: GRS dijangka umum calon 11 atau 12 Nov
Datuk Seri Hajiji Noor berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 Nov ini.

Ringkasan AI
  • GRS dijangka mengumumkan senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November, tiga hingga empat hari sebelum penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 15 November, manakala pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.
  • Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan senarai calon telah dimuktamadkan, dan menegaskan bahawa perjuangan parti perlu diutamakan berbanding rasa tidak puas hati individu yang tidak terpilih sebagai calon.
  • Manifesto GRS dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas penamaan calon, sebagai sebahagian daripada kempen rasmi gabungan menjelang PRN Sabah ke-17.

Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman.
"Pengumuman calon saya akan buat mungkin sekitar 11 atau 12 hari bulan (November), tiga atau empat hari sebelum penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 4.0 kepada 42 anak muda di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata terdapat individu tidak berpuas hati kerana tidak disenaraikan sebagai calon dan bertindak keluar parti, namun mereka sepatutnya memperjuangkan kepentingan parti terlebih dahulu.
"Kita perlu mempunyai kualiti dan tidak sepatutnya merajuk serta meninggalkan parti hanya kerana tidak mendapat (jadi) calon," katanya.
Beliau berkata manifesto GRS pula dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas penamaan calon.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
#pengumuman calon
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan