PRN Sabah: Perbincangan kerusi BN-PH hampir 70 peratus dimuktamadkan - Bung Moktar

Bung Moktar berkata masih terdapat beberapa kerusi yang perlu diperhalusi antara kedua-dua pihak bagi mencapai persetujuan bersama sebelum pengumuman rasmi dibuat. - Gambar fail
SANDAKAN: Perbincangan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kini di fasa akhir dengan hampir 70 peratus dimuktamadkan, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ringkasan AI
- Perbincangan pembahagian kerusi antara BN dan PH bagi PRN Sabah ke-17 berada di fasa akhir dengan hampir 70% selesai.
- Beberapa kerusi masih perlu diperhalusi kerana kedua-dua pihak mahu bertanding di kawasan tertentu; BN sahkan akan kurangkan jumlah kerusi ditandingi.
- Penamaan calon pada 15 Nov, pengundian awal 25 Nov dan hari mengundi 29 Nov.
Menjawab pertanyaan mengenai isu kelewatan dimuktamadkan pembahagian kerusi, Bung Moktar menjelaskan ia berpunca daripada keinginan kedua-dua pihak untuk bertanding di kawasan tertentu dan beliau turut mengesahkan BN akan mengurangkan kerusi ditandingi.
Sebelum ini, laporan media menyatakan BN Sabah berhasrat untuk bertanding di 48 kerusi pada PRN kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

