awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
Fasa kedua pilihan raya Myanmar bermula Ahad dalam suasana kurang meriah
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Pilih calon berintegriti - Anwar Ibrahim

Bernama
Bernama
05/09/2020
16:31 MYT
PRN Sabah: Pilih calon berintegriti - Anwar Ibrahim
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan pelancaran Jentera Pilihanraya PKR Negeri Sabah di sini pada Sabtu. - BERNAMA
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pemilihan calon PKR yang akan mewakili parti berkenaan perlu berdasarkan integriti calon tersebut.
"Kalau pilih orang yang tiada komitmen, sama sahaja. Isunya bukan suku kaum mana, isunya bukan dari mana tetapi mampukah kita latih orang yang punya integriti," katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Christina Liew.
Anwar berkata beliau secara dasarnya bersetuju memberikan lebih banyak kebebasan untuk PKR Sabah memilih calon.
Katanya calon PKR harus mempunyai komitmen untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa atau agama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon PKR
#integriti
#PKR Sabah
#Presiden PKR
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan