awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau

Assim Hassan
Assim Hassan
25/09/2020
00:33 MYT
PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau
MADIUS berkata, pengundi DUN Kiulu perlu memberikan mandat kepada beliau untuk membawa pembangunan sekali gus memajukan daerah kecil itu. - Foto ihsan UPKO.
Sokongan pengundi gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya dilihat merebak di kawasan luar bandar.
Jelas Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, perkara itu disandarkan selepas beliau menjelajah di seluruh negeri ini termasuk di luar bandar.
"Saya cukup yakin dengan ini (sokongan). Kalau dulu kita hanya di pusat-pusat bandar tetapi kini merebak ke kawasan luar bandar. Saya nampak jelas momentum itu," katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan kempen di Pekan Kiulu.
Selain itu, kurang 24 jam lagi sebelum hari pengundian, Madius melahirkan rasa teruja melihat kerjasama jentera pilihan raya daripada parti dalam komponen Warisan Plus.
Katanya, kerjasama itu dilihat serasi dan ini sudah pasti membolehkan mereka menang di kawasan yang ditandingi.
"Saya di Nabawan dua hari lalu dan saya nampak pasukan Warisan berhempas pulas bersama-sama jentera untuk menyantuni rakyat walaupun calonnya dari UPKO.
Ditanya mengenai perancangannya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Madius menjelaskan beliau akan menyusun semula sistem penyampaian termasuk pejabat daerah kecil.
"Sistem penyampaian ini perlu disusun semula dari segi institusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) supaya mereka benar-benar fungsi mereka dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#DUN Kiulu
#Kiulu
#luar bandar
#Madius Tangau
#MPKK
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#Presiden UPKO
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Warisan Plus
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan