PRN Sabah: Sokongan pengundi muda diakui jadi penentu - Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata golongan belia kini dilihat lebih terbuka serta membuat pilihan berdasarkan keperluan dan masa depan mereka, bukan lagi berasaskan kesetiaan kepada parti tertentu. - Gambar fail/BERNAMA
KIMANIS: Barisan Nasional (BN) yakin sokongan pengundi muda yang semakin matang dan tidak terikat kepada mana-mana parti akan menjadi faktor penentu kemenangan seseorang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- Pengundi muda menjadi faktor penentu kemenangan calon dalam PRN Sabah ke-17 menurut Barisan Nasional (BN).
- Belia kini membuat pilihan berdasarkan keperluan dan masa depan mereka, tidak lagi bergantung kepada kesetiaan kepada parti tertentu.
- Kemenangan BN dalam beberapa PRK disumbang oleh sokongan besar pengundi muda yang melihat kemampuan kerajaan dalam menjamin masa depan mereka.
"Kemenangan kita majoriti besar disebabkan oleh sokongan pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini hari ini.
Mohamad berkata sokongan pengundi muda menggambarkan perubahan sikap golongan itu yang mula melihat kemampuan kerajaan dalam menjamin masa depan mereka termasuk melalui pelaksanaan dasar yang memberi manfaat secara langsung.
Beliau berkata sepanjang lawatannya ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Putatan, Membakut dan Bongawan menunjukkan semangat jentera BN di peringkat akar umbi berada pada tahap terbaik menjelang PRN Sabah tidak lama lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
Undi18 yang berkuat kuasa pada Disember 2021 membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pengundi, sekali gus menjadikan PRN Sabah ke-17 medan ujian pertama untuk menilai corak dan kecenderungan pengundi muda dalam menentukan hala tuju politik negeri ini.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Barisan Nasional (BN) yakin sokongan pengundi muda akan menjadi faktor penentu kemenangan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17? A: BN yakin demikian kerana pengundi muda kini dilihat lebih terbuka serta membuat pilihan berdasarkan keperluan dan masa depan mereka, bukan lagi berasaskan kesetiaan kepada parti tertentu.
- Q: Bagaimana sokongan pengundi muda telah memberi sumbangan kepada kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini? A: BN mendapat kemenangan majoriti besar dalam beberapa pilihan raya kecil seperti di Nenggiri, Mahkota, Ayer Kuning, dan Pelangai disebabkan sokongan yang banyak diterima dari golongan pengundi muda.
- Q: Apakah yang menggambarkan perubahan sikap golongan belia terhadap kerajaan yang disebutkan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan? A: Golongan belia kini melihat kemampuan kerajaan dalam menjamin masa depan mereka melalui pelaksanaan dasar yang memberi manfaat secara langsung, yang menyebabkan mereka tidak lagi terikat kepada mana-mana parti secara khusus.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

