awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan 'orang muda' ganti Manyin di Tebedu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/11/2021
10:12 MYT
PRN Sarawak: Abang Jo beri bayangan 'orang muda' ganti Manyin di Tebedu
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian selepas mengesahkan bahawa Manyin tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak. - Foto BERNAMA
SERIAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin calon yang bakal ditampilkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu boleh meneruskan legasi pembangunan yang dibuat oleh Datuk Amar Michael Manyin Jawong.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian selepas mengesahkan bahawa Manyin tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.
Bagaimanapun, Abang Johari enggan mendedahkan ‘calon muda’ yang bakal dipertaruhkan di kawasan tersebut.
“Kita mengucapkan terima kasih kerana Datuk Amar Michael Manyin yang telah mengumumkan bersara dan berundur diri.
“Ini akan memberi ruang kepada orang muda mengambil alih dan meneruskan apa yang sepatutnya kepada komuniti (Bidayuh).
“Kita sudah ada yang menggantikannya (Manyin) dan tunggu bila saya umumkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, Manyin memaklumkan tidak akan mempertahankan kerusi Tebedu pada PRN akan datang.
BACA: PRN Sarawak: Manyin Jawong sah tidak pertahankan DUN Tebedu
Manyin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu selama 25 tahun sejak 1996.
Beliau juga memegang pelbagai portfolio kementerian termasuk sebagai Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.
Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak yakin masyarakat Bidayuh akan membuat keputusan yang bijak pada PRN ke-12 Sarawak.
Ditanya apakah akan ada penyandang kerusi majoriti Bidayuh akan memberi laluan kepada calon baharu, Abang Johari berkata perkara itu hanya akan diketahui dalam masa terdekat.
Sementara itu, Manyin berkata, masyarakat Bidayuh telah menikmati banyak manfaat sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), dan kini di bawah GPS.
“Saya rasa masyarakat Bidayuh hari ini lebih berpendidikan dan mereka telah melihat banyak manfaat (yang diterima) ketika zaman BN, dan kini GPS,” ujarnya.
Lapan kerusi majoriti Bidayuh ialah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#pilihan raya negeri
#Abang Johari Tun Openg
#calon muda
#Sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Michael Manyin Jawong
#Tebedu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan