awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Lebih 9,000 pegawai, anggota polis akan diatur gerak - Timbalan KPN

Bernama
Bernama
29/11/2021
09:03 MYT
PRN Sarawak: Lebih 9,000 pegawai, anggota polis akan diatur gerak - Timbalan KPN
Mazlan berkata penugasan tersebut hanya melibatkan polis kontinjen Sarawak dan Bukit Aman akan menambah jumlah anggota tersebut, sekiranya diperlukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata penugasan tersebut hanya melibatkan polis kontinjen Sarawak dan Bukit Aman akan menambah jumlah anggota tersebut, sekiranya diperlukan.
"PDRM telah bersiap-sedia dan kami tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi.
"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang kekecohan semasa PRN Sarawak dan patuh SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan PRN ini berjalan lancar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 dan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis, manakala hari pengundian awal pada 14 Dis.
Sementara itu, Mazlan berkata setakat hari ini, 2,596 pasukan pemantau pematuhan SOP masih digerakkan di seluruh negara, termasuk 339 pasukan di Selangor.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas Datuk Zamri Yahya dan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PDRM
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Mazlan Lazim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan