awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pertembungan lima penjuru berulang di Bawang Assan

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
06/12/2021
03:30 MYT
PRN Sarawak: Pertembungan lima penjuru berulang di Bawang Assan
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan mengulang kembali sejarah pertembungan lima penjuru. - Astro AWANI
SIBU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan mengulang kembali sejarah pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Disember depan.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN N.53 Bawang Assan, Suhaili Mohammed mengesahkan senarai calon tersebut dalam satu pengumuman pada jam 10.30 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah.
Jelas Suhaili, setelah diteliti setiap borang pencalonan yang diserahkan kepadanya, kesemua kelima-lima calon tidak mempunyai sebarang masalah dan pencalonan mereka meyakinkan pihak SPR.
“Dan seteleh selesai disemak borang pencalonan bagi kesemua calon, saya telah berpuas hati dan tiada seorang pun calon yang ditolak kertas penamaannya, dengan ini saya megumumkan calon yang disahkan bertanding di kawasan DUN N.53 Bawang Assan.
“Maka hari mengundi awal akan dilaksanakan pada 14 Disember, hari mengundi 18 Disember, sementara pusat pengundi akan dimaklumkan melalui notis SPR yang akan dipamerkan di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan,” katanya dalam pengumuman tersebut.
Calon yang telah disahkan mengikut nombor giliran ialah calon pertama, Robert Lau Hui Yew (SUPP), Michelle Ling Shyan Mih (PBK), Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB), Amy Lau Bik Yeing (DAP) dan Ricky Enteri (BEBAS).
Pada PRN11 Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), menangi kerusi DUN Bawang Assan dengan majoriti 4,131 undi setelah menewaskan empat pencabar dalam pertandingan lima penjuru.
Pengerusi PSB, Soon Koh, 79 tahun yang juga calon tertua dalam pilihan raya kali ini telah memegangi kawasan DUN Bawang Assan selama enam penggal dan setia meneruskan perjuangannya sejak tahun 1991.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Bawang Assan
#lima penjuru
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan