awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: PH guna logo parti masing-masing, tak gugat keyakinan GPS - Awang Tengah

Alexandra Lorna
Alexandra Lorna
27/11/2021
09:08 MYT
PRN Sarawak: PH guna logo parti masing-masing, tak gugat keyakinan GPS - Awang Tengah
Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, hanya GPS sahaja yang mampu memelihara kebajikan rakyat dan kepentingan negeri itu.
KUCHING: Tindakan Pakatan Harapan Sarawak menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 tidak menggugat keyakinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkara itu juga tidak memberi apa-apa perubahan kepada keputusan PRN12 nanti kerana pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya.
"Walaupun mereka berdiri atas logo parti masing-masing tidak memberi sebarang kesan. Ini kerana mereka tidak boleh dipercayai.
"Ketika Kerajaan Pusat ditadbir PH dahulu, pelbagai janji seperti seperti memberikan 50 peratus hasil cukai kepada Sarawak, 20 peratus royalti minyak untuk Sarawak... janji tinggal janji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Walkabout ke Tasik Biru pada Sabtu.
Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, hanya GPS sahaja yang mampu memelihara kebajikan rakyat dan kepentingan negeri itu.
Hal itu katanya disandarkan melalui kestabilan politik dan keutuhan kerajaan negeri.
"Kerajaan GPS sentiasa memastikan negeri kita maju dan menjaga segala kebajikan masyarakat. Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memacu negeri ini ke arah baik.
"Sehubungan itu, saya menyeru rakyat Sarawak bijak untuk menilai dan tidak terperdaya dengan agenda pembangkang," katanya.
Topic Berkaitan
#Logo pembangkang
#PRN Sarawak
#Awang Tengah bidas PH
#GPS mampu pacu Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan