awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: PKR tambah seorang lagi calon

Afiezul Samit
Afiezul Samit
03/12/2021
16:04 MYT
PRN Sarawak: PKR tambah seorang lagi calon
Hapeni Fadil akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah seorang lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata calon tersebut ialah Hapeni Fadil yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi PKR sebanyak 28 kerusi.
"Atas permintaan masyarakat tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan berkenaan (Simunjan), PKR Sarawak membuat keputusan untuk menambah seorang lagi calon yang berpotensi untuk bertanding," katanya ketika sesi perjumpaan Presiden PKR bersama media di pejabat PKR Kuching pada Jumaat.
Ujarnya walaupun ada perbincangan dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk PKR bertanding di Senadin dan Piasau, namun semangat kerjasama PH dikekalkan untuk memastikan tiada pertindihan calon.
Anwar turut menjelaskan bahawa pengurangan jumlah kerusi daripada sasaran 47 menjadi 28 bukan bermakna memberi ruang kepada parti lawan.
"Kita kena fokus kepada kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan.
"Keutamaan kita sedemikian. Tidak benar kita memberi laluan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana terdapat parti pembangkang lain yang bertanding di situ.
"Kita tidak mahu bolot di kawasan-kawasan yang kita tidak mempunyai cukup kekuatan," ujarnya.
Terdahulu, PKR Sarawak mengumumkan akan bertanding di 27 kerusi dan Hapeni Fadil menjadi calon yang ke 28 yang telah dimuktamadkan.
Parti komponen PH yang lain iaitu DAP pula bertanding di 26 kerusi manakala Amanah (sembilan).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PKR
#Anwar Ibrahim
#DUN Simunjan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan