awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Terengganu: Amanah mahu tanding tiga kerusi, turut 'intai' kerusi DUN Bandar

Bernama
Bernama
19/07/2023
12:42 MYT
PRN Terengganu: Amanah mahu tanding tiga kerusi, turut 'intai' kerusi DUN Bandar
Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Setiausahanya, Muzahar Hitam, berkata keputusan itu adalah hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Terengganu, semalam.
"Menerusi mesyuarat itu juga Amanah Terengganu bersedia untuk bertanding di kerusi DUN Bandar bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, beberapa kerusi DUN yang lain masih dalam dalam perbincangan akhir di antara pimpinan utama parti.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ketiga-tiga kerusi tersebut dimenangi calon Pas, yang mengekalkan kemenangan daripada PRU13.
Kerusi Tepuh disandang Hishamuddin Abdul Karim yang menang dengan majoriti 2,717 undi, Batu Buruk disandang Muhammad Khalil Abdul Hadi (menang majoriti 5,288 undi) dan Ru Rendang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (majoriti 6,028 undi).
Pas turut menang di kerusi DUN Bandar menerusi Ahmad Shah Muhamed dengan majoriti 2,091 undi.
PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak pada 12 Ogos.
Terengganu juga bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada tarikh sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Terengganu
#Amanah
#DUN Bandar
#Muzahar Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan