KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet berkata beliau tidak akan menghasilkan lagu baharu bagi mengiringi kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.
Altimet yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sebelum ini pernah menghasilkan lagu berjudul Aduh Malaysia, yang digunakan pemimpin serta penyokong PH sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Mungkin kita keluarkan lagu lain yang tiada kena mengena hari ini (pilihan raya)," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang di sini hari ini.
Ketua Cabang PKR Ampang itu berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Exco Dewan Muslimat PAS Selangor.
Altimet, 44, berkata beliau mahu menjadikan Lembah Jaya sebagai kawasan yang mesra didiami segenap lapisan masyarakat, selain membantu penduduk mendapatkan insentif serta bantuan ditawarkan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Sharifah Haslizah yang mesra dipanggil Cikgu Sharifah menyatakan tidak gentar berdepan Altimet di kerusi yang boleh dianggap kubu kuat PKR itu.
Katanya beliau sudah biasa dengan masyarakat Lembah Jaya memandangkan pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 2013 dan sering melakukan kerja-kerja kebajikan di situ.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Haniza Talha yang mewakili PKR menang dengan majoriti 14,790 undi mengatasi Muhamad Nizam daripada Barisan Nasional (BN), Khasim Abdul Aziz (Pas) dan Norizwan Mohamed (PRM).
Sementara itu, kerusi DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon paling muda berusia 23 tahun iaitu Melanie Ting mewakili parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang berdepan calon PN Sasha Lyna Abdul Latif dan Mohd Kamri Kamaruddin (PH).
Ting berkata meskipun mewakili golongan muda, beliau berjanji memberikan khidmat untuk semua lapisan masyarakat sementara Mohd Kamri yang juga bekas jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi akan menjadikan isu alam sekitar yang sering menjadi tumpuan di Bukit Antarabangsa sebagai fokus utama kempennya.
Pada PRU14, kerusi DUN Bukit Antarabangsa dimenangi bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu mewakili PKR dengan majoriti 25,512 undi menumpaskan Salwa Yunus (BN), Sharifah Haslizah (Pas), Ahmad Kamarudin (PRM) dan calon Bebas, Azwan Ali.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut meluangkan masa beramah mesra dengan penyokong PH dan BN di luar pekarangan Dewan Dato Ahmad Razali sebelum pengumuman calon dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Altimet berkata beliau tidak akan menghasilkan lagu baharu bagi mengiringi kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini. - BERNAMA
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Waris Fiza Kamarudin layak terima faedah Perkeso
Waris Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, United Kingdom layak menerima Faedah Pencen Penakat dan FPM daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet membalas beberapa hantaran mengenai aduan, antaranya pertanyaan tentang masalah air di Taman Kosas, Ampang.
PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.
PRN: 'Saya nak rehat dan tidur'- Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.
PRN: 'Kalau nampak di warung, itu kerja...' - Altimet daripada penyanyi ke 'wakil B40'
Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.
PRN: Tiada lagu baharu iringi kempen di Lembah Jaya - Altimet
Altimet berkata beliau tidak akan menghasilkan lagu baharu bagi mengiringi kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.
PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita?
Selain para politikus, ada dalam kalangan selebriti seperti artis dan bekas pemain bola sepak yang ikut bertanding dalam PRN kali ini.
Guna je lagu saya, YB, saya rela - Altimet
Nampaknya lagu "Hasrat" yang menjadi kontroversi selepas penulis dan juga penyanyi, Amir Jahari tidak mahu ia digunakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk tujuan politik masih lagi tidak reda.
'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.