PUTRAJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan tiada logo DAP mahupun UMNO dipaparkan pada kertas undi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Sebaliknya kata Ahmad, PRN menyaksikan pertandingan tiga kumpulan parti terbesar iaitu BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
"Saya ingin beri kefahaman bahawa tidak ada logo DAP dan UMNO pada kertas undi kerana kita bertanding itu dalam kumpulan," katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat.
Ujar beliau, kenyataan yang disebutnya sebelum ini telah diputar-belit sehingga menimbulkan polemik luar biasa.
"Saya pelik kenapa kenyataan saya diputar-belit sedemikian rupa sehingga sehingga saya dikafirkan," katanya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, sebagai parti di bawah pasukan Kerajaan Perpaduan, sikap tolong-menolong amat diperlukan bagi menghadapi PRN di enam negeri.
"Setakat ini yang diputuskan adalah lawan kita logo PN," tambah beliau.
Jumaat minggu lalu, Ahmad menggesa pengundi di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang agar memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.
Ia mendorong Isham Jalil yang juga MKT UMNO memberi amaran bahawa desakan agar mengundi DAP itu akan menghakis sokongan rakyat.
Sementara itu dalam ucapannya, Ahmad mengakui faktor kemenangan 74 kerusi yang diperoleh PN pada PRU15 lalu adalah disebabkan penggunaan teknologi dan digital.
"Mereka juara di TikTok," katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada UMNO mahupun parti-parti Kerajaan Perpaduan menggunakan pendekatan sama pada PRN kelak.
"Rahsia" katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023

Ahmad bercakap pada sidang media sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Pasukan petugas ditubuh siasat isu duti kastam terkurang kutip - Ahmad Maslan
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.

Ahli UMNO perlu terbuka kehadiran Anwar ketika PAU 2023 - Ahmad Maslan
Akar umbi UMNO perlu berlapang dada menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Isu air Kelantan, dakwaan Pulau Pinang milik Kedah jadi tumpuan PAU
Isu utama membabitkan negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dijangka menjadi tumpuan ucapan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada minggu depan.

Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan
Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar AS diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Teknologi e-seal pada kontena dirancang untuk banteras penyeludupan
Ahmad berkata ia penting bagi memantau pergerakan logistik kontena serta lori yang membawa barang.

MKT UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan isu undi calon DAP
Mohd Puad berkata, UMNO ingin mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.

MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.

'Malaysia tersilap beri subsidi' - Ahmad Maslan
Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat yang turut dinikmati golongan kaya, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

PRN: Tidak ada logo DAP, UMNO kata Ahmad Maslan
Sebaliknya, PRN menyaksikan pertandingan tiga kumpulan parti terbesar iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Wajah 'dikafirkan', Ahmad Maslan mahu pelaku diambil tindakan
Terdahulu, beberapa akaun di Facebook yang tidak diketahui pemilik sebenarnya didakwa memuat naik gambar Ahmad yang ditukar wajahnya menjadi khinzir dengan tulisan 'kafir'.