awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tidak berlaku sebarang perubahan di peringkat Pusat - Fahmi

Bernama
Bernama
31/07/2023
07:20 MYT
PRN: Tidak berlaku sebarang perubahan di peringkat Pusat - Fahmi
Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat pusat walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi.
"Asasnya adalah kestabilan politik. Itulah antara sebab walau apapun yang berlaku dalam PRN ini dan saya pun dapat laporan serba sedikit, PRN bukan Pilihan Raya Umum (PRU) maka tidak akan berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#kestabilan politik
#PRN
#peringkat pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan