awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tiga negeri yakin dipertahan, dua lagi boleh ditakluk - Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
04/07/2023
05:16 MYT
PRN: Tiga negeri yakin dipertahan, dua lagi boleh ditakluk - Anwar
Anwar yakin dapat mempertahankan tiga negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat mempertahankan tiga negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau juga yakin dapat menakluk dua lagi negeri dalam PRN kali ini.
"Kita tumpu keenam-enam negeri, tapi Insya-Allah dengan perkembangan sekarang dan semua kajian dibuat.
"Saya lihat tiga negeri itu sangat kuat dan boleh dipertahan, insya-Allah, sekarang ni nampak menjurus ke dua negeri lagi," kata Anwar.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi pula, beliau berkata perbincangan telah pun selesai di antara PH dan BN.
Namun, ujarnya, ruang masih dibuka kepada kepimpinan negeri di bawah Kerajaan Perpaduan sekiranya terdapat perkara berbangkit.
"Kita bagi ruang kalau orang nak bangkit mengenai PRN, kita bincang. Tapi kalau saya dengan Datuk Seri Zahid telah selesai. Pengumuman nanti saya bincang.
"Setakat ini tiada, saya bincang dengan Zahid tidak ada, tapi kita bagi ruang kalau ada pandangan daripada kepimpinan negeri sama ada PH atau BN," katanya lagi.
Sebarang pengumuman, ujar Anwar, akan dibuat dalam perhimpunan di Selangor pada Jumaat ini.
"Saya akan umumkan, Jumaat ada perhimpunan besar di Selangor, baru kita luncurkan jentera secara rasmi," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Kompleks Islam Putrajaya, pada Selasa.
Topic Berkaitan
#PRN
#PH
#BN
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan