awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: UMNO susun gerak kerja selepas pemilihan parti - Mohamad

Bernama
Bernama
18/03/2023
09:00 MYT
PRN: UMNO susun gerak kerja selepas pemilihan parti - Mohamad
Bagaimanapun, Mohamad berkata soal pembahagian kerusi BN dan PH belum lagi dibincangkan. -Foto Astro AWANI/ShahirOmar
SEREMBAN: UMNO akan menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaik sahaja proses pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 selesai.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana terdapat beberapa perubahan di peringkat kepimpinan akar umbi parti selain mengambil kira muka baharu terutama membabitkan sayap Pemuda dan Puteri.
"Rata-rata setiap bahagian di seluruh negara 70 lebih peratus Ketua, Naib Ketua dan Jawatankuasa adalah (muka) baharu... lima tahun tak ada pemilihan, ramai yang telah lebih umur tapi di peringkat jentera akar umbi tak banyak perubahan cuma Pemuda dan Puteri sahaja.
"Bila dah disusun nanti, kita akan buat mesyuarat perhubungan dan susun gerak kerja (bagi menghadapi PRN)," katanya kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau hari ini.
Pemilihan UMNO bermula pada 1 Feb lepas dengan Mesyuarat Perwakilan serta Pemilihan Jawatankuasa Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi diadakan serentak di seluruh negara hari ini.
Beliau berkata sayap Pemuda dan Puteri juga perlu diberi pendedahan serta latihan intensif kerana mereka adalah antara tenaga gerak kerja utama parti selain perlu bersama dengan jentera dalam menguruskan pilihan raya.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga berkata strategi komunikasi dan manifesto antara parti dalam menghadapi PRN adalah antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok.
Bagaimanapun, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata soal pembahagian kerusi BN dan Pakatan Harapan (PH) belum lagi dibincangkan.
Di PULAU PINANG, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir pula berkata pihaknya akan berbincang dengan kepimpinan PH negeri mengenai pengagihan kerusi selepas Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian selesai.
"Perbincangan bersama akan dilakukan selepas ini tapi kita akan bincang berkenaan 15 kerusi majoriti Melayu dahulu bersama PKR dan Amanah manakala yang lain akan dibincangkan pada pusingan kedua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam hari ini.
PRN kali ini melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#muka baharu
#pemilihan parti
#gerak kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan