awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Wanita dalam idah boleh mengundi - Menteri Agama

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
05:14 MYT
PRN: Wanita dalam idah boleh mengundi - Menteri Agama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN). - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Wanita dalam tempoh idah boleh keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, yang pasti tujuan balu berkenaan bukan untuk bergembira tetapi mahu menjalankan tanggungjawab mengundi.
"Asas bagi konsep idah ialah bagi isteri kematian suami berkabung dan tidak keluar rumah untuk menghormati arwah suaminya yang telah meninggal dunia.
"Namun dalam konteks pilihan raya, balu tersebut keluar rumah bukan untuk bergembira sebaliknya menunaikan kewajipan sebagai warganegara Malaysia untuk memilih pemimpin negeri.
"Mereka ada kewajipan demokrasi untuk keluar rumah dan mengundi cuma kita harapkan selepas selesai mengundi terus pulang ke rumah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita dalam idah
#PRN
#dibenar mengundi
#Menteri Agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan