awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14 pengajaran buat ahli akademik, jangan bersikap berat sebelah - Fuad

Hans Yusoff
Hans Yusoff
11/05/2018
23:43 MYT
PRU14 pengajaran buat ahli akademik, jangan bersikap berat sebelah - Fuad
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Fuad Othman. - Gambar fail
Keputusan mengejut Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) turut menjadi iktibar buat ahli akademik.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ahli akademik seharusnya tidak mengamalkan sikap berat sebelah terhadap mana-mana parti politik sebaliknya setiap pandangan hendaklah bertunjangkan kepada ilmu dan fakta.
"Orang kata dalam politik ini kita tidak boleh memihak kepada sesuatu pihak sahaja.
"Saya selalu katakan bahawa sebagai ahli akademik perlu bercakap berlandaskan ilmu dan perlu jujur dalam memberi pandangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Fuad pada masa sama berharap ahli akademik akan terus diberi ruang di masa depan untuk memberi pandangan serta hujah melibatkan sesuatu isu tanpa tekanan mana-mana pihak.
Sementara itu, mengulas kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Fuad percaya tiga wakil rakyat BN akan menunjukkan sikap 'mesra' kepada kerajaan negeri berbanding dengan PAS.
Katanya, ia tidak mustahil berlaku memandangkan adalah lebih senang untuk mesra kepada gabungan PH berbanding Pas yang meletakkan beberapa syarat yang perlu diikuti.
"Tidak mustahil tiga wakil rakyat ini akan menyertai PH atau setidak-tidaknya mengambil sikap lebih mesra kepada gabungan itu.
"Ini kerana adalah lebih senang berbuat demikian memandangkan Pas dilihat meletakkan beberapa syarat jika mahu bergabung dengan parti itu," katanya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengangkat sumpah bagi jawatan itu pada Jumaat bagaimana pun mengesahkan belum ada wakil BN menyatakan hasrat untuk menyertai PH.
Pasca PRU14 menyaksikan gabungan PH memenangi 18 kerusi DUN sementara Pas memperoleh 15 kerusi dan BN hanya tiga.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Undangan Negeri
#Fuad Othman
#Kedah
#MalaysiaMemilih
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan