awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Anak Najib bertanding di Pekan, itu tidak benar' - UMNO Pekan

Fareez Azman
Fareez Azman
23/10/2022
05:52 MYT
PRU15: 'Anak Najib bertanding di Pekan, itu tidak benar' - UMNO Pekan
Ujar Zamri, UMNO Bahagian Pekan telah menghantar lima nama calon ke peringkat negeri dan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan pusat. - Fail/BERNAMA
PEKAN: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly menempelak khabar angin mengatakan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib antara disebut-sebut sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan disandang ayahnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tegas Zamri, khabar angin itu tidak benar dan hanya cerita yang dibuat-buat oleh pihak tertentu sahaja.
"Itu cerita sahaja (khabar angin), tidak benar. Yana pun tak menyebut pun nak jadi calon," jelasnya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Ujarnya, UMNO Bahagian Pekan telah menghantar lima nama calon ke peringkat negeri dan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan pusat.
Bagaimanapun sekiranya dirinya dicalonkan, beliau bersedia mempertahankan kerusi disandang Najib itu.
"Kita sebut lima orang, semua daripada pengurusan UMNO bahagian Pekan kita calonkan. Kalau dicalonkan sementara tunggu Datuk Seri Najib, boleh saya bantu.
"Akar umbi nampak okay je, tiada masalah pun. Penyokong pun nampak reda dengan benda yang ada, siapa calon mereka terima sahaja.
"Mereka tahu UMNO ini matang, kita tahu siapa yang boleh dan lebih kepada menunaikan apa yang rakyat nak. Kita lebih kepada tengok rentak daripada akar umbi dan rakyat itu sendiri." katanya lagi.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Mengulas lanjut ujar Zamri, kesemua nama calon berkenaan disifatkan sebagai 'winnable dan likeable' untuk rakyat di Pekan.
Untuk rekod, Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan selama tujuh penggal sejak tahun 1986.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#kerusi Parlimen Pekan
#anak Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan