KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.
Keputusan itu antara tujuh ketetapan yang dicapai hasil pemukiman pemimpin PH yang berlangsung di Port Dickson bermula semalam.
Selain itu, Ketetapan Port Dickson turut mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan Rakyat.
"Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah negara dengan amanah, demokratik dan adil.
"Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan.
"Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto Pakatan Harapan," memetik ketetapan tersebut.
Antara ketetapan lain termasuk mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan sekali gus menamatkan darurat.
Selain itu, PH akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada Rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu Ekonomi Rakyat, Kestabilan Politik dan Krisis Pandemik COVID-19.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
Keputusan memilih Anwar itu antara tujuh ketetapan yang dicapai hasil pemukiman pemimpin PH yang berlangsung di Port Dickson bermula semalam. - Gambar fail
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.