awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
01/11/2022
20:28 MYT
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
MOHAMED AZMIN: Saya anak Gombak dan saya mengenali hampir semua penduduk di Gombak, dan atas semangat persaudaraan sekian lama, Gombak akan kekal dengan PN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN), yakin akan dapat mempertahankan Parlimen itu.
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
"Ini proses demokrasi yang matang. Saya menyambut baik mana-mana pelbagai parti untuk tawar pelbagai khidmat.
"Namun, saya yakin, berdasarkan rekod dan perkhidmatan saya di Gombak, saya telah bersama dengan penduduk Gombak.
"Saya anak Gombak dan saya mengenali hampir semua penduduk di Gombak, dan atas semangat persaudaraan sekian lama, Gombak akan kekal dengan PN," katanya kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 PN di MITEC malam tadi.
BACA: PRU15: Amirudin Shari sah bertanding di Gombak
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, manifesto calon PN pada PRU15 akan diumumkan sehari dua selepas hari penamaan calon pada 5 November.
Katanya, manifesto itu antara lain melibatkan tawaran besar kepada rakyat dengan mengambil kira ekonomi semasa.
"Majlis Presiden PN telah meneliti draf terakhir manifesto dan kita akan lancarnya satu atau dua hari selepas hari penamaan calon.
"Kita telah memperhalusinya. Kita telah teliti draf terakhir yang akan memberikan tawaran yang cukup besar kepada rakyat, dengan mengambil kira keperluan ekonomi semasa dan keperluan untuk jangka pendek dan panjang.
"Ini kita akan rangkumkan dalam manifesto PN yang akan dilancarkan awal minggu depan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mohamed Azmin Ali
#Parlimen Gombak
#Calon PRU15
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan