IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak belum membuat sebarang ketetapan berhubung pembahagian kerusi terutamanya di kawasan yang ditinggalkan Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti parti komponen yang sesuai untuk ditempatkan di kerusi-kerusi berkenaan untuk bertanding pada PRU15 nanti.
“Kerusi itu masih kosong (belum ada ketetapan komponen parti mana untuk diletakkan) di situ. Ini kerana Gerakan adalah sebuah parti yang berbilang bangsa.
“Kita akan melihat semula komponen parti mana yang boleh mengambil tempat itu (ditandingi) untuk kita menangi kerusi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan Veteran UMNO di Laman Sri Ridzuan dekat sini pada Rabu.
Untuk rekod, pada PRU14, Gerakan pada ketika itu bersama BN telah ditempatkan di tiga kerusi masing-masing Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Kerusi yang ditandingi ialah Taiping, Teluk Intan, Beruas, Aulong, Jalong dan Canning.
Pada Jun 2018, Gerakan mengumumkan keluar daripada gabungan BN dan menjadi parti bebas sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Februari tahun lalu.
Pada perkembangan lain, Saarani turut ditanyakan tentang saranan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Friends of BN diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada PRU15.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata perkara itu dalam peringkat kajian untuk memastikan calon-calon yang dipilih adalah calon yang dapat memenangi kerusi yang ditandingi.
“Apabila kita meletakkan calon, kita kena meletakkan calon yang boleh menarik undi dan kita menang di situ.
“Jadi kalau ada keperluan dan peluang untuk kita memenangi sesuatu kerusi, melalui Friends of BN, kita boleh meletakkan calon daripada Friends of BN, dengan syarat boleh menang,” ujarnya.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 22 2022

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti parti komponen yang sesuai untuk ditempatkan di kerusi-kerusi berkenaan untuk bertanding pada PRU15 nanti. - Gambar fail/BERNAMA

Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Agenda AWANI: World Urban Forum (WUF11) | Rejuvenasi bandar, mesra rakyat
Bagaimana bandar sedia ada boleh melalui proses rejuvenasi untuk menambahbaik kemudahan sedia ada yang mampu memberikan impak positif dan persekitaran berkualiti kepada hidup rakyat?

BYDPA | Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat Sarjana.

Kebebasan Bersuara | Forum berkaitan kebebasan bersuara perlu diperbanyakkan
Ruang perbincangan tentang kebebasan bersuara perlu lebih diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia menghadapinya.
![[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha [TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975873/thumbnails/8967789641656505123885_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Ikuti pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M.

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/thumbnails/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Fahmi jangan hipokrit, pakaian dia pun mahal - Nazri
Mohamed Nazri juga menasihatkan Fahmi agar melihat juga almari pakaiannya kerana pakaian pemimpin PKR itu juga bukan murah dan berjenama.

Saya boleh menang jika bertanding di Pulai - Nazri
ohamed Nazri menjangkakan sekiranya Nur Jazlan terus bertanding di parlimen Pulai, besar kemungkinan akan mengalami kekalahan lebih teruk berbanding sebelum ini.

'Perdana Menteri PH pun gagal sebab kerajaan tak berpengalaman' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan keyakinan bahawa rakyat ketika ini sudah bijak menilai dalam menentukan kestabilan politik tanah air.

PRU15: BN Perak belum putuskan letak calon di kerusi ditinggalkan Gerakan
Barisan Nasional (BN) Perak belum membuat sebarang ketetapan berhubung pembahagian kerusi terutamanya di kawasan yang ditinggalkan Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

PRU15: Pulangkan mandat secepat mungkin, wujudkan kerajaan yang lebih stabil - Pemuda UMNO
Tidak mungkin parti kerajaan lain yang merupakan seteru politik UMNO seperti Bersatu dan PN akan terus bersama BN, kata Asyraf Wajdi.

BN, PH perlu kemuka calon MB jika mahu terajui Kelantan
Ia supaya rakyat boleh buat pilihan tepat berhubung parti yang layak menerajui tampuk pentadbiran negeri pada masa depan.

Kemenangan setiap calon BN jadi keutamaan MCA - Wee
Kemenangan setiap calon Barisan Nasional (BN) menjadi keutamaan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menurut Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

PM tidak tolak kemungkinan PRU15 lebih awal
Jentera Barisan Nasional diminta sentiasa bersiap sedia hadapi PRU15 supaya tidak kelam-kabut apabila sampai masanya kelak.

'Apa sahaja bentuk kemodenan di Kelantan, perlu dipandu Islam'
Kerajaan negeri perlu menerap dan menggerakkan kemodenan berpaksikan Islam yang diterajui anak muda.

Sanusi perlu minta maaf pada UMNO, BN
Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN.