awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN Perak yakin rampas kembali kerusi yang terlepas ke DAP

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/10/2022
07:28 MYT
PRU15: BN Perak yakin rampas kembali kerusi yang terlepas ke DAP
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam memastikan BN Perak merampas kerusi yang terlepas ke DAP, beliau mempunyai strategi tertentu untuk melakukannya. - Gambar fail BERNAMA
BAGAN SERAI: Barisan Nasional (BN) Perak yakin mampu merampas kembali beberapa kerusi yang sebelum ini terlepas ke tangan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Keyakinan BN Perak itu adalah berdasarkan pengalaman yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam memastikan usaha itu berhasil, beliau mempunyai strategi tertentu untuk melakukannya.
“Mengambil pengalaman PRN Melaka dan juga Johor, jadi tak mustahil Barisan Nasional akan memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini terlepas ke tangan DAP.
“Ia tak mustahil sebab pengundi sangat dinamik, saya pun ada cara tersendiri juga seperti mana kita buat di Melaka dan juga di Johor, maka di Perak pun saya yakin. Kalau DAP kata dia nak menembusi kawasan UMNO, BN pun akan menembusi kawasan DAP,” katanya.
Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, Selinsing, di sini, pada Selasa.
Awal bulan ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, DAP bercadang untuk keluar dari zon selamatnya pada PRU15 dan bertanding di kerusi Melayu di Perak.
Katanya, pada 2018, parti itu telah bertanding dan memenangi kesemua tujuh kerusi Parlimen di negeri itu.
Menurutnya, mereka ingin bertanding di kerusi tambahan di Perak di peringkat Parlimen dan juga negeri yang sudah pasti enjadi kerusi majoriti Melayu.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#BN Perak
#kubu DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan