awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon PH sekali lagi tawan Kota Kinabalu

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
19/11/2022
16:19 MYT
PRU15: Calon PH sekali lagi tawan Kota Kinabalu
Kerusi P.172 Kota Kinabalu berjaya dipertahankan oleh Chan Foong Hin daripada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15. -Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Penyandang kerusi P.172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin daripada Pakatan Harapan (PH) sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) kali ini.
Beliau ketika ditemui sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang berkata, dua permasalahan utama yang akan dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang ialah isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang berkeliaran di Kota Kinabalu dan pengembalian 40 peratus hasil Sabah daripada Kerajaan Persekutuan.
"Salah satu isu yang saya fikir saya perlu fokuskan ialah mengenai kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang kita selalu lihat mengemis di tengah bandar.
"...dan saya fikir isu pengembalian 40 peratus perkongsian hasil Sabah juga sama pentingnya," kata Foong Hin ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada Sabtu.
Dalam pada itu, Foong Hin turut berkata beliau sedar kemenangan yang diberikan pengundi di Kota Kinabalu pada kali ini disertai dengan harapan yang tinggi terhadap dirinya.
Beliau berjanji kepada penduduk di Parlimen itu akan menggandakan usaha pasukannya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Foong Hin berjaya menewaskan pesaing terdekatnya Yeo Yan Yin daripada Parti Warisan (Warisan) setelah memperolehi 31,359 undi dengan kelebihan majoriti sebanyak 23,783 undi.
Turut tewas dalam persaingan merebut kerusi itu, Yee Tsai Yiew daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan undi sebanyak 4592, Winston Liaw Kit Siong (Parti KDM) 456 undi, serta calon bebas Marcel Jude dengan 137 undi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Parlimen Kota Kinabalu
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan