awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: DAP mahu letak calon di Kelantan

Bernama
Bernama
09/04/2021
08:33 MYT
PRU15: DAP mahu letak calon di Kelantan
Bendahari Kebangsaan DAP Fong Kui Lun berkata pertimbangan itu dibuat susulan kejayaan parti mengadakan konvensyen negeri buat julung kalinya hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU: DAP bercadang meletakkan calon untuk bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bendahari Kebangsaan DAP Fong Kui Lun berkata pertimbangan itu dibuat susulan kejayaan parti mengadakan konvensyen negeri buat julung kalinya hari ini.
"Dalam PRU15, kita rasa akan bertanding di Kelantan. DAP pusat akan berbincang dengan wakil negeri, kita akan letakkan calon tempatan tidak kira Melayu, Cina atau India, yang penting memiliki integriti," katanya.
Fong yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Kelantan di sini.
Konvensyen hari ini juga akan menyaksikan DAP Kelantan memilih ahli jawatankuasanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#bertanding
#Kelantan
#pilihan raya umum
#PRU15
#Fong Kui Lun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan