awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: GTA macam 'peminta sedekah' - Khaled

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/10/2022
10:16 MYT
PRU15: GTA macam 'peminta sedekah' - Khaled
Barisan Nasional akan melihat sokongan rakyat pada setiap parti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama, kata Khaled Nordin.
PASIR GUDANG: Barisan Nasional (BN) sekali lagi menegaskan belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama politik yang diminta Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekarang ini bukan masa untuk BN menerima mana-mana parti lain menyertai gabungan itu.
"Selagi kita tidak buat keputusan jadi dia (PBM) masih berada di luar.
"Tengok macam GTA (Gerakan Tanah Air), macam ‘peminta sedekah’… jadi kita tengok dulu sokongan rakyat pada setiap parti dan kemudian kita buat keputusan.
"Apa pun (keputusan) selepas PRU15, sekarang ini kita tumpu kepada parti masing-masing," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Cawangan UMNO D' Rimba Pasir Gudang, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Presiden Penaja PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin telah menghantar permohonan rasmi untuk menjadi sebahagian daripada gabungan BN bagi menghadapi PRU15.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan, BN masih lagi di peringkat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.
PBM juga sebelum ini akur sekiranya BN tidak menerima permohonan tersebut, bagaimanapun, akan tetap cuba untuk memujuk kembali sebaik sahaja PRU15 berakhir.
Topic Berkaitan
#PRU15
#GTA
#GTA peminta sedekah
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan