awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Gugur nama besar, BN Johor yakin tidak berlaku insiden sabotaj - Hasni

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/11/2022
06:15 MYT
PRU15: Gugur nama besar, BN Johor yakin tidak berlaku insiden sabotaj - Hasni
HASNI: Ini bukan sahaja melibatkan nama besar yang digugurkan malah turut melibatkan penyokong dan kita perlu beri mereka masa. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor percaya tidak akan wujud sebarang insiden sabotaj dalam parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata demikian bagi mengulas kemungkinan wujudnya perkara seperti itu selepas beberapa nama besar BN yang digugurkan untuk bertanding pada PRU15.
“Kita berurusan dengan manusia jadi kita harus buat penyesuaian apabila berlaku perubahan, kekecewaan dan isu tidak puas hati.
“Ini bukan sahaja melibatkan nama besar yang digugurkan malah turut melibatkan penyokong dan kita perlu beri mereka masa.
“Saya jangka situasi ini tidak berpanjangan dan semua pihak akan kembali berkempen dan menzahirkan sokongan seperti biasa,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon BN Johor pada Khamis.
Hasni yang juga bakal bertanding di Simpang Renggam berkata, setakat ini kesemua calon BN Johor yang dinamakan tidak mengalami sebarang perubahan seperti yang diumukan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, dua nama besar di Johor digugurkan daripada bertanding pada PRU15 terdiri daripada penyandang Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba dan penyandang Ahli Parlimen Kota Tinggi, Halimah Mohd Sadique.
Sebaliknya BN meletakkan Ketua Pemuda UMNO Tenggara, Manndzri Nasib untuk mewakili Tenggara manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin ditempatkan di Kota Tinggi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon digugurkan
#Barisan Nasional
#Hasmi Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan